Hari ini saya nak memperkenalkan kepada
anda dua perkataan yang telah lama wujud tetapi jarang digunakan dalam
masyarakat orang Melayu terutamanya golongan remaja pada masa kini.
Perkataan tersebut ialah cebet dan kelek. Perkataan
ini merujuk kepada cara seseorang manusia membawa barang dengan menggunakan
tangan tetapi keadaannya berbeza. Ramai orang yang terkeliru dengan penggunaan
perkataan ini dari segi konteks memahami maksud ayat.
Nak tahu apakah perbezaannya?
Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat :
Cebet = (cébét); mencebet membawa sesuatu dengan lengan diluruskan ke bawah, membimbit: tangannya ~ sebuah baldi.
Kelek = I ketiak mengelek
mengangkat
(membawa)
di
bawah
ketiak,
mengepit:
pelakonnya bernyanyi
Sudah dapat tahu perbezaannya?
Secara mudah, cebet dan kelek mempunyai satu perbezaan yang umum iaitu gaya pegangan
sesuatu barang tersebut berlainan. Cebet menggunakan tangan yang lurus manakala
kelek lebih menggunakan bahagian ketiak untuk mengepit,.
Seronok kan belajar perkataan baru? Maka sama-samalah
kita menggunakan dan menghidupkan kembali “roh” perkataan ini.
Sekian…
No comments:
Post a Comment