Minggu Kedua (4)
Adakah papan tanda tersebut sering kali
anda jumpa di persekitaran kawasan tempat tinggal anda?
Semestinya jarang sekali untuk kita melihat
papan tanda yang dipamerkan di sekeliling kita menggunakan tulisan jawi.
Kebanyakannya menggunakan tulisan rumi yang sudah menjadi kebiasaan kita dalam
kehidupan seharian.
Namun, kita yang sedang dilanda arus kemodenan
ini seharusnya tidak boleh melupakan tulisan jawi iaitu tulisan yang pernah
dijadikan sebagai salah satu medan perhubungan atau wadah penyebaran ilmu secara
meluas dalam masyarakat orang Melayu pada suatu masa dahulu dan ketika zaman
kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca.
Pada masa kini, kita boleh lihat penggunaan
tulisan jawi amat jarang digunakan dalam penulisan mahupun dalam pentadbiran di
negara kita. Disebabkan kurangnya keprihatinan terhadap penggunaan tulisan jawi
ini, maka golongan remaja sekarang sudah kurang didedahkan mengenai cara
pembacaan dan penulisan tulisan jawi tersebut.
Namun, di sebalik penularan fenomena ini,
terselit jua segelintir usaha dari pelbagai pihak yang ingin memartabatkan dan
mengekalkan tulisan jawi ini sebagai suatu khazanah negara yang amat bernilai
di mata dunia sehingga sekarang.
Antara usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan
seperti penggunaan tulisan jawi di dalam
akhbar-akhbar tempatan, mengeluarkan buku dalam tulisan jawi bagi golongan
kanak-kanak serta menerapkan pengajaran jawi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Usaha sedemikian amat membantu dalam mengekalkan
tulisan jawi ini sehingga zaman akan datang.
Oleh yang demikian, kita sebagai pengganti
generasi yang seterusnya haruslah memelihara dan memulihara keistimewaan
tulisan jawi ini agar semangatnya hidup sebagai tulisan Al – Quran.
No comments:
Post a Comment