Minggu Pertama
(3)
Mesti pernah dengar perkataan "banjar" sebelum
ini kan?
Apa pandangan anda mengenai perkataan banjar? Adakah banjar membawa satu maksud sahaja
atau mempunyai banyak makna??
Apabila dengar perkataan banjar, pandangan
dan pemikiran saya terus mengingatkan bahawa banjar hanyalah mempunyai
satu maksud sahaja iaitu kaum masyarakat yang berasal dari Indonesia.
Mari saya kongsi serba sedikit apa yang dimaksudkan
dengan banjar....;-)
banjar I
|
baris, deret, jajar; sebanjar 1.
sebaris, sederet: ~ pokok nyiur; 2. sl sebaya, seumur; berbanjar berbaris,
berderet: kami berdiri ~ di hadapan guru besar; berbanjar-banjar, berbanjaran berbaris-baris, berderet-deret; membanjarkan
menyusun berbanjar-banjar: ~ kerusi dengan teratur; banjaran sesuatu yang
berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa.
|
Kamus Dewan Edisi Empat
|
Banjar
II
|
suku bangsa campuran yang
berasimilasi daripada Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan dan Bukit, yang berasal dari
Kalimantan Selatan, Indonesia.
|
Kamus Dewan Edisi Empat
|
Kali ini, saya nak kongsi serba sedikit mengenai maksud banjar II...
Pada hari Rabu yang lalu, di dalam kelas Sosiolinguistik, saya dan
rakan-rakan telah bersama-sama berkongsi ilmu mengenai keturunan nenek moyang
masing-masing. Ada sahabat saya asalnya dari keturunan jawa, jawa bugis dan
sebagainya...Begitu juga dengan saya..saya juga berketurunan dari orang banjar iaitu
dari keluarga sebelah ibu saya...nenek saya seorang berketurunan banjar
jati.
Nak tahu lebih lanjut tentang
keturunan banjar???;-)
Banjar - satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang
tersendiri. Orang banjar tergolong dalam
rumpun bangsa Melayu. Namun begitu, tidak banyak yang mengetahui tentang masyarakat
ini. Berbeza dengan orang Jawa kerana
masyarakat ini lebih dikenali walaupun kedua-duanya mempunyai latar belakang
penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu
Indonesia.
Kebanyakan orang Banjar tinggal di tempat yang lebih kurang sama
dengan orang jawa iaitu di daerah Batu Pahat, Johor, daerah Sabak Bernam
dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah Bagan Datoh di Perak.
Orang banjar yang datang ke Tanah Melayu berasal dari Kalimantan,
Indonesia. Mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan petani-petani yang
mahir dalam penanaman padi dan juga membuat peralatan pertanian dan senjata.
Ciri-ciri awal orang banjar di Tanah Melayu
·
Fahaman kesukuan
·
Teguh pegangan agama
·
Cara hidup sederhana
·
Berani dan panas baran
Nak belajar bahasa banjar???
Perkataan : Guring
Maksud :
Tidor
Contoh ayat : Rasinah guring di
punduk rumahnya satalah kapanatan saharian.
Maksud ayat : Rasinah tidur
di pondok rumahnya selepas penat seharian.
Perkataan : Kulaan
Maksud : saudara
Contoh ayat: Kita kulaan sekampung benaran?
Maksud ayat: Kita saudara
sekampung betulkan?
Perkataan : Kada
Maksud : Tidak
Contoh ayat : Kami pun kada
tahu jugak.
Maksud ayat : Kami pun tidak
tahu juga.
Begitulah antara serba sedikit perkongsian saya tentang keturunan saya
yang unik…;-)
Selamat Belajar…
No comments:
Post a Comment