Minggu Kedua (1)
Nek? Wan? Tok? Opah? Mbah?
Wah! banyaknya panggilan yang kita boleh gunakan untuk
memanggil nenek iaitu ibu kepada mak dan ayah kita.
Setiap masyarakat mempunyai panggilan sapaan yang
tersendiri bagi menggantikan kata ganti
nama yang ketiga iaitu nenek. Setiap negeri atau kawasan yang berlainan
mempunyai kata panggilan yang berlainan. Pelbagai jenis nama panggilan kepada
nenek yang kita sayang.
Untuk pengetahuan semua, di kawasan utara, seperti Perlis,
Kedah dan Pulau Pinang iaitu kawasan
tempat tinggal saya sendiri lebih kerap menggunakan panggilan “ tok”
untuk memanggil nenek.
Manakala di negeri Melaka atau Negeri Sembilan kebanyakannya
memanggil “wan” bagi ibu kepada mak atau ayah. Namun, ada sesetengah orang
menggunakan panggilan “wan” untuk memanggil datuk.
Di negeri Johor pula, terutama di kawasan masyarakat Jawa,
panggilan “mbah” kerap digunakan. “Mbah”
juga turut digunakan di negeri Sabah. Orang di Perak pula menjadi kebiasaan
bagi mereka dengan panggilan “Opah”.
Kesimpulannya
: Walaupun mempunyai panggilan yang berbeza namun membawa maksud yang sama
iaitu nenek yang amat kita sayangi…;-)
No comments:
Post a Comment