Minggu Ketiga (3)
“ Pak Mat, sila sebut perkataan ini.”
“ Alif Yaa Mim, buaya”
“ Bukan buaya. Alif Yaa Mim, ayam.”
“ Owh ayam. Pak cik ingat buaya.”
Anda semua pernah dengar dialog di atas? Di mana ya? Mesti sekarang ada sedang terfikir-fikir cerita atau filem apakah dialog ini disampaikan.
Mari kita lihat bersama-sama sedutan video dalam Filem Pendekar Bujang Lapok dalam :
Dalam
filem ini, banyak bahagian cerita yang menarik, lucu dan nilai pengajaran yang banyak memberi manfaat kepada kita. Begitu uniknya filem Melayu jikalau dibandingkan dengan filem-filem yang lain. Dalam sedutan filem ini, saya ingin mengetengahkan perbezaan antara tahap
pendidikan bagi masyarakat zaman dahulu dengan masyarakat zaman sekarang.
Pada
zaman dahulu tahap pendidikan bagi masyarakat Melayu berada di tahap yang
rendah berbanding kaum-kaum yang lain. Kebanyakan orang Melayu yang tinggal di
kawasan pedalaman serta kampung-kampung lebih mementingkan pekerjaan dan
aktiviti mencari rezeki. Namun setelah kemerdekaan, masyarakat Melayu mula
membuka fikiran mengenai kepentingan ilmu dan tahap pendidikan dalam kehidupan.
Dalam
sedutan video yang ditayangkan, masyarakat Melayu pergi ke sekolah yang dibuka
untuk semua golongan dan peringkat umur. Mereka cuba untuk bangun dan berusaha
untuk memenuhi ilmu di dada.
No comments:
Post a Comment