Sunday, 10 March 2013

Filem: " Kampung Semarah Padi"

Minggu Pertama (1)

Dialog ini berlaku antara dua orang sahabat yang tinggal serumah. Seorang sahabat berasa hairan melihat sahabatnya yang ketawa sendirian menonton sebuah filem. Hayati perbualan antara mereka :

Sal       : Kampung semarah padi???? Eh, bukan semerah padi ke??? tak  pernah dengar pun sebelum nie..best tak citer nie sha?

Sha      : Hehehe...best sal...cube tengok dulu...sha dah tak larat nak gelak tengok watak-watak dalam citer   nie..sal tengok dulu filem nie pas tu baru sal dapat tahu kenapa tajuk nie " Kampung Semarah Padi".

Sal       : Ok...hehe terima kasih sha...tak sabar nie nak tengok.

Akhirnya selepas menonton filem ini, kedua-dua sahabat ini pun ketawa bersama-sama sambil berkongsi pandangan dan babak-babak yang menarik dalam "Kampung Semarah Padi".

Kawan-kawan  nak tahu apa yang dibincangkan kedua-dua sahabat di atas sebentar tadi???

Ya!!! tidak lain tidak bukan mestilah sebuah filem yang kelakar kan? ^_^ Namun disebalik cerita yang lucu dan jalan cerita yang menarik, terdapat unsur sosiolinguistik yang dapat kita kongsikan bersama.

Bagi pandangan saya,  tajuk filem ini amat sesuai dan bertepatan dengan jalan ceritanya. "Kampung Semarah Padi" menceritakan sebuah kampung yang terdiri daripada semua penduduk kampungnya yang bersifat dan berperwatakan marah. Peristiwa ini berlaku disebabkan oleh satu sumpahan seorang wanita yang dihukum kejam sehinggakan dia menyumpah seluruh penduduk kampung tersebut menjadi orang yang semarah-marahnya sehingga ke tujuh keturunan.

Contoh dialog:

(Dalam nada dan intonasi marah)
Isteri   : Awak tak ke kebun ke bang!
Suami : Pasal apa awak marah saya!
Isteri   : Mana ada saya marah abang!
Suami : Haa..tu..suara awak tinggi dengan saya tak pernah malam ni!
Isteri   : Abang pun marah saya..haa kan suara tinggi tu!
Suami : Haa minum kopi jela!
Isteri  : Goreng pisang tak nak ke!
Suami : Amboii!! ajak orang makan cam nak berperang!

Berdasarkan dialog ini, dapat anda lihat bahawa nada dan intonasi yang dituturkan oleh masyarakat atau penduduk kampung tersebut adalah salah dari segi nada dan intonasi yang betul. Apa yang dapat kita rumuskan di sini ialah seharusnya, setiap pertuturan dalam bahasa kita haruslah dituturkan dengan penuh intonasi dan nada yang sesuai dengan persekitaran dan nada pertuturan haruslah bersifat lemah-lembut dan sopan mengikut adat dan budaya melayu.

Nak tahu kisah yang selanjutnya????hehe...anda bolehlah menonton di laman ini.

Contoh bahagian kedua tayangan filem "Kampung Semarah Padi"


Selamat menonton!!!

2 comments:

  1. Pengakhiran cerita menunjukkan kesopanan dan kesantunan yang tidak melampaui batas pula...hehe

    ReplyDelete
  2. Itulah adat orang Melayu...sekasar-kasar bahasa, terselit jua kelembutannya dari segi adat sopannya...;-)hehe terima kasih..hehe

    ReplyDelete