Minggu Kedua (2)
Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu
menggunakan bahasa slanga dalam kehidupan seharian. Menurut Kamus Dewan, bahasa
slanga ialah kosa kata yang tidak baku, tidak standard, berubah-ubah dan secara
umum berbeza dengan kosa kata lainnya. Slanga kerap digunakan oleh golongan
remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan
hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.
Sebagai contoh situasi yang telah memberi saya idea untuk saya
coret pada kali ini ialah, contoh perkataan slanga iaitu “ giler”. Kini,
penggunaan perkataan “giler” semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Melayu
kita terutama dalam golongan remaja. Perubahan masa dan teknologi yang semakin
canggih menyebabkan berlakunya situasi atau kejadian sedemikian.
Situasi yang dimaksudkan ialah selepas penggunaan kepada sebarang
kata adjektif seperti cantik, besar, berat, hitam, putih, tinggi, cerah dan
sebagainya diletakkan perkataan “giler” yang menunjukkan kata penguat.
Contohnya, “cantik giler, besar giler, dan tinggi giler”. Perkataan
tersebut membawa maksud berlebihan iaitu sangat cantik, sangat besar dan sangat
tinggi.
Contoh ayat yang selalu
digunakan :
1.
Wah,
besar giler rumah banglo tu!
2.
Wah,
cantik giler baju kau pakai!
3.
Huh, berat giler beg yang kau bawa ni!
Apabila meluasnya penggunaan perkataan “giler”
seperti ini dalam kalangan masyarakat sekarang, maka akan timbullah kesan-kesan
negatif pada bahasa Melayu seperti hilangnya istilah-istilah asal bahasa Melayu
yang sepatutnya digunakan dalam ayat yang sebenar.
No comments:
Post a Comment