Minggu Kedua (3)
Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai
lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai tingkat umur serta status
sosialnya. Golongan yang terlibat adalah dari yang muda sehingga ke peringkat
tua. Setiap peringkat umur mempunyai cara dan nama panggilan yang berbeza bagi
menunjukkan tanda hormat dan sopan santun adab orang Melayu. Cerita yang ingin
saya kongsi ini mempunyai kaitannya dengan bahasa dan masyarakat orang Melayu
kita.
Beginilah ceritanya...
Setelah selesainya kuliah pada petang
tersebut, dua orang sahabat pun berjalan pulang dari kelas mereka. Dalam perjalanan
tersebut, mereka melihat sebuah gerai
yang menjual keropok lekor. Dengan segera, mereka mengambil keputusan untuk
singgah sebentar untuk membeli makanan di situ.
“ Kak, ada apa yang dijual di sini?
“Ada
pisang goreng, keropok lekor, bebola ikan adik pilihlah yang mana nak”, kata seorang wanita yang usianya dalam
lingkungan 25 tahun ke atas.
“ Bagi saya keropok lekor ni dua ringgit
ye makcik”, kata seorang sahabat itu.
Seorang sahabatnya terkejut dengan
panggilan “makcik” yang ditujukan kepada wanita tersebut . Lantas,
sahabat yang mendengarnya itu, terus berkata,
“ Kak, saya pula nak pisang goreng ni
seringgit” sambil tersenyum.
Wanita itu pun menjawab dengan penuh sopan. “ Baiklah, sebentar ye.”
Setelah selesai membungkus pisang goreng
dan keropok lekor, wanita tersebut menghulurkannya kepada kedua-dua sahabat
tersebut sambil berkata,
“ Nah, ni pisang goreng dan keropok lekor.
Semuanya tiga ringgit. Terima kasih ye. Jual”.
“Sama-sama. Beli ye kak”, jawab mereka.
Kesimpulannya: Kadang-kadang sesetengah
situasi dan keadaan sukar untuk kita tentukan dari segi lingkungan usia dan
panggilan statusnya. Jadi, kita seharusnya bijak menyesuaikan panggilan namanya
berdasarkan pengetahuan yang kita sedia ada dan keadaan persekitaran.
Renung-renungkan;-)
No comments:
Post a Comment