Minggu Ketiga (5)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Entri yang akan saya muatkan pada kali ini adalah ilmu yang baru bagi saya. Sedang
saya merenung muka komputer riba ini sambil mencari-cari idea untuk
menghasilkan diari entri yang baru, saya dikejutkan dengan panggilan sahabat
saya. Saya keluar dari bilik dan berlakunya perbualan tersebut.
Saya :
Kenapa Sha?
Sha :
Sal, jom makan sekali. Ni, Akma ada beli nasi air.
Saya :
Nasi air? ( mendengar dengan penuh tanda tanya)
Sha :
Haa. Mesti tak pernah dengar nasi air sebelum ni kan? Nasi air tu sama dengan
bubur dan moi. Pertama kali Sha dengar pun, Sha tak faham selepas itu, Akma terangkan yang nasi air tu sama
maksudnya dengan bubur nasi atau moi. Istilah nasi air adalah istilah
yang menjadi kebiasaan bagi negeri di Kelantan.
Saya :
Owh, begitu. Barulah faham. ( sambil tersenyum). Kalau di kampung Sal, di bahagian sebelah utara, kebiasaan kami
menggunakan istilah bubur atau "bubuq”.
Sha :
Tapi Sal, nasi air ini ada bezanya dengan bubur. Walaupun nampak serupa tetapi hakikatnya ada juga perbezaannya. Nasi
air ini tidak direbus sekali berbanding bubur. Air rebusan nasi air di
rebus dengan daging dan diasingkan.
Saya :
Wah, dapat info yang baru ni. Boleh masukkan dalam sosiolinguistik..Terima kasih Sha. ( sambil tersenyum).
Kesimpulannya : Setiap negeri mempunyai istilah yang
berlainan tetapi membawa maksud yang sama. Berlainan tempat dan jarak bukan menjadi
satu faktor yang menyebabkan sesuatu bahasa terhad penggunaannya.